Harga Penapis Air Cuckoo Terkini 2022

Penapis air kini sudah menjadi antara mesin penting dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja di rumah, malah di pejabat juga. Mesin penapis air yang di pasang di pejabat bukan sahaja berguna untuk para pekerja malah dapat memberi keselesaan kepada pelanggan.

Terdapat 7 jenis penapis air yang sangat sesuai untuk diletakkan di pejabat; Warrior, King Top, Xcel, Vivid, Iris Top, Icon, dan Queen Stand. Setiap penapis air ini mempunyai ciri-ciri berbeza yang dapat memenuhi keperluan anda. Secara umumnya, kesemua model penapis air ini dapat memberikan air panas, air sejuk dan air suhu bilik. Hanya Iris Top dan Icon mempunyai 13 suhu berlainan.

Sekiranya pejabat anda mempunyai ramai pekerja atau dikunjungi ramai pelanggan, anda boleh memilih Queen Stand kerana ia berkapasiti 14L, cukup besar dan boleh menampung sehingga 10 pax.

Ada pelbagai rekaan untuk anda pilih sekiranya anda memerlukan penapis air yang lebih kecil. Ada yang digital dan mekanikal bergantung kepada minat anda. Secara purata saiz tangki untuk Warrior, King Top, Xcel, Vivid, Iris Top, dan Icon adalah hampir sama. Yang membezakan setiap model ini adalah dari segi rekaan dan jenis paparan.

Anda akan mendapat jaminan selama 5 tahun dan servis berkala secara percuma. Anda boleh mendapatkan penapis air Cuckoo secara ansuran atau secara tunai. Bagi pembelian secara ansuran bermula RM60 sebulan. Pelaburan yang sangat berbaloi bagi mendapatkan air minuman yang lebih sihat.

Kami menyediakan konsultasi percuma bagi anda yang mahu membuat pemasangan di pejabat sekiranya anda masih ragu-ragu mahu memilih penapis air yang mana. Hubungi kami di bawah dan kami akan memberikan solusi kepada masalah anda.